fb fb fb fb fb

Rusia dakwa tembak jatuh 128 dron Ukraine

FOTO AFP

MOSCOW, 26 Februari- Kementerian Pertahanan Rusia pada Rabu mendakwa telah menembak jatuh 128 dron Ukraine dalam serangan semalaman di beberapa wilayah Rusia serta di Crimea, menjadikannya antara serangan terbesar sejak konflik bermula.

Kiev dilaporkan semakin giat melancarkan serangan udara ke atas kemudahan tenaga dan ketenteraan di wilayah Rusia sejak kebelakangan ini, sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan Moscow ke atas bandar dan infrastruktur tenaga Ukraine.

Pasukan pertahanan udara "memintas dan memusnahkan 128 dron udara Ukraine", termasuk 30 di Semenanjung Crimea yang dianeksasi pada 2014, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia.

Selain wilayah Krasnodar yang terkenal dengan resort Laut Hitam, serangan dron turut menyasarkan wilayah Bryansk dan Kursk yang bersempadan dengan Ukraine, tambah kementerian itu.

Setakat ini, tiada kerosakan besar dilaporkan oleh media atau pihak berkuasa Rusia.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE