fb fb fb fb fb

7 lelaki didakwa 'tabik Nazi' di kelab Croatia, Australia

FOTO HIASAN

SYDNEY, 26 Februari- Tujuh lelaki didakwa polis Australia pada Rabu atas pertuduhan melakukan tabik Nazi semasa satu perhimpunan di sebuah kelab untuk ekspatriat Croatia.

Polis negeri Victoria memaklumkan, kesemua suspek dirakamkan membuat "isyarat terlarang" pada 8 Februari lalu di Kelab Croatia Geelong.

"Pertuduhan ini susulan siasatan menyeluruh berhubung imej yang tular dalam talian, memaparkan sekumpulan lelaki melakukan isyarat terlarang tersebut," menurut kenyataan polis.

"Ketujuh-tujuh lelaki itu didakwa melalui saman atas kesalahan memaparkan atau mempersembahkan simbol atau isyarat Nazi secara terbuka."

Presiden Kelab Croatia, Frank Sarcevic, sebelum ini menyuarakan rasa jijik dan kecewanya terhadap tindakan tersebut.

Beberapa negeri di Australia telah mengharamkan simbol dan isyarat Nazi sebagai langkah menangani ancaman kumpulan pelampau sayap kanan yang semakin berkembang.

Sejak kebelakangan ini, bandar utama seperti Melbourne dan Sydney turut berdepan gelombang serangan bakar dan grafiti anti-Semitik.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE