fb fb fb fb fb

Rusia catat 100,000 kes COVID-19 sehari

FOTO AFP

MOSCOW, 30 Januari- Lebih 100,000 kes harian COVID-19 buat pertama kali hari ini, dilaporkan di Rusia yang ketika ini sedang bergelut dengan lonjakan penularan akibat varian Omicron.

Portal COVID-19 kerajaan Russia mencatatkan 113,122 kes baharu dalam tempoh 24 jam, iaitu hampir dua kali ganda berbanding jumlah kes yang dicatatkan minggu lalu.

Lonjakan kes ini berpunca daripada penularan varian Omicron.

Selepas pelaksanaan perintah berkurung ketat di seluruh negara, Rusia enggan melaksanakan semula langkah itu bagi melindungi ekonomi negara.

Lebih membimbangkan, masih ramai penduduk Rusia belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 meskipun empat jenis vaksin disediakan kepada orang ramai.

Ketika ini, kurang separuh penduduk negara itu sudah lengkap divaksin.

Rusia mencatatkan angka kematian tertinggi di Eropah dengan melaporkan 330,111 kematian akibat COVID-19 sejak pandemik itu bermula.

Namun, angka itu berbeza dengan kiraan agensi statistik Rosstat yang menggunakan definisi kematian COVID-19 berlainan dan memaklumkan kematian keseluruhan hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding angka rasmi kerajaan.

Semalam, Rosstat memaklumkan penduduk Rusia berkurangan lebih satu juta orang tahun lalu, iaitu pengurangan tertinggi dalam sejarah sejak kejatuhan Kesatuan Soviet. -AFP

Media Baharu