fb fb fb fb fb

Puluhan rakyat Palestin cedera di Tebing Barat

(Foto Fail REUTERS)

RAMALLAH, 30 Januari- Puluhan penunjuk perasaan warga Palestin cedera selepas bertembung dengan tentera Israel berhampiran tiga bandar di Tebing Barat, semalam.

Beberapa saksi kejadian memaklumkan, pertembungan itu berlaku di perkampungan di selatan dan timur bandar Nablus di utara Tebing Barat.

Menurut Pengarah kecemasan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Ahmad Jibril, tentera Israel melepaskan tembakan sehingga mencederakan 13 penunjuk perasaan menggunakan peluru besi bersalut getah.

Pasukan perubatan dan saksi berkata, pertembungan turut berlaku di bandar Hebron di selatan Tebing Barat dan bandar Qalqilya di utara Tebing Barat.

Di kedua-dua bandar itu, tentera Israel dilapor melepaskan gas pemedih mata serta peluru getah bertujuan menyuraikan penunjuk perasaan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Israel berhubung insiden berkenaan. -AFP

Media Baharu