fb fb fb fb fb

Rusia bersedia pastikan keselamatan kapal yang meninggalkan pelabuhan Ukraine

(Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov dan Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu menghadiri sidang akhbar ketika mereka bertemu di Ankara, Turki 8 Jun 2022/REUTERS)

ANKARA, 8 Jun- Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa Moscow bersedia untuk memastikan laluan selamat bagi kapal yang meninggalkan pelabuhan Ukraine.

"Kami bersedia melakukan ini dengan kerjasama rakan-rakan Turkiye kami." kata Lavrov dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Turkiye, Mevlut Cavusoglu.

Lavrov tiba di Ankara semalam, di tengah-tengah kebimbangan tentang kekurangan makanan global yang sebahagiannya dikaitkan dengan pencerobohan Rusia di Ukraine.

Rundingan tertumpu pada usaha membuka koridor keselamatan untuk menghantar bijirin Ukraine yang tersekat di pelabuhan.

(Seorang pekerja melihat biji barli dituangkan secara mekanikal ke dalam kapal seberat 40,000 tan di terminal penghantaran pengeksport pertanian Ukraine di bandar Nikolaev, selatan Ukraine, 9 Julai 2013/REUTERS)

Cavusoglu dalam pada itu berpandangan bahawa tuntutan Rusia agar sekatan yang dikuatkuasakan Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya ditarik balik adalah tuntutsn yang "sah".

"Jika kita perlu membuka pasaran antarabangsa kepada bijirin Ukraine, kita melihat penghapusan sekatan terhadap eksport Rusia juga sebagai permintaan yang sah," katanya.

Sekatan yang dikenakan terhadap sistem kewangan Moscow telah menghalang eksport bijirin dan baja Rusia.

Atas permintaan Pertubuhan Bangsa Bersatu, Turkiye menawarkan perkhidmatannya untuk mengiringi konvoi maritim dari pelabuhan Ukraine, walaupun terdapat periuk api yang ditanam tentera Ukraine, sebahagian daripadanya dikesan berhampiran pantai Turkiye. -AFP

Media Baharu