fb fb fb fb fb

Rusia akui lancar serangan udara ke arah Kiev

MOSCOW, 30 April- Rusia sahkan lancar serangan udara terhadap Kiev semasa lawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres ke ibu negara Ukraine itu.

Serangan terhadap Kiev itu, adalah yang pertama dalam tempoh dua minggu.

Serangan dibuat menggunakan senjata udara jarak jauh dan berketepatan tinggi.

Ia memusnahkan bangunan pengeluaran peluru berpandu dan perusahaan angkasa lepas, Artyom di Kiev.

Vera Gyrych, seorang penerbit radio Free Europe/Radio Liberty yang dibiayai Amerika Syarikat terbunuh apabila peluru berpandu Rusia mengenai bangunan tempat tinggalnya.

Susulan insiden tersebut, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa tindak balas global yang lebih keras.

Perkara itu turut dinyatakan dalam perbincangannya dengan Guterres.

Selain melawat Bucha, Guterres turut meninjau situasi di pinggir bandar Kiev, lokasi berlakunya perang jenayah seperti didakwa banyak pihak.- AFP


(Syot layar AFP)

Media Baharu