fb fb fb fb fb

Rusia, Ukraine saling lancar serangan ke atas depot senjata, kemudahan logistik

Foto fail

MOSCOW, 18 Ogos - Rusia pada Ahad mendakwa melancarkan serangan besar-besaran ke atas 142 lokasi penempatan sementara tentera Ukraine dan kumpulan tentera upahan asing.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, pasukannya memusnahkan gudang peluru berpandu, depot amunisi serta pusat simpanan dron jarak jauh di Ukraine.

Pertahanan udara Rusia turut menembak jatuh 300 dron Ukraine serta memintas sebuah dron yang menyasarkan loji kuasa nuklear di wilayah Smolensk.

Pada masa sama, Gabenor Kherson, Vladimir Saldo mendakwa tentera Ukraine sedang bersiap untuk berundur dari wilayah itu dengan memasang jaring antidron di semua laluan keluar.

Ukraine setakat ini belum memberikan sebarang respons.

Dalam perkembangan lain, agensi berita Ukrinform melaporkan tentera Ukraine menyerang Stesen Kereta Api Liski di wilayah Voronezh yang menjadi hab logistik penting penghantaran amunisi Rusia ke barisan hadapan.

Serangan itu menjejaskan operasi kereta api dan bekalan kepada tentera Rusia.

Selain itu, Direktorat Perisikan Utama Kementerian Pertahanan Ukraine mengesahkan pasukannya turut melancarkan serangan ke atas depot peluru dan lokasi berkumpulnya tentera Rusia di Melitopol, wilayah Zaporizhzhia. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN