fb fb fb fb fb

Runtuhan salji di Himalaya India, 26 pendaki masih hilang

Foto Reuters

KATHMANDU, NEPAL 6 Oktober- Susulan runtuhan salji di Himalaya. Pasukan penyelamat meneruskan pencarian bagi mengesan 26 pendaki yang masih hilang.

Menurut jurucakap agensi bencana negeri Uttarakhand, Ridhim Aggarwal, dua belas orang yang terselamat tidak mengalami kecederaan serius tetapi dalam pemerhatian di hospital.


(Usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan/ Foto AFP)

Tambahnya, empat pendaki yang disahkan maut ditemui di celah-celah batu akibat ditolak salji ketika runtuhan.

Dua helikopter tentera udara turut dihantar ke lokasi kejadian untuk membantu usaha mencari dan menyelamat.

Kemalangan maut yang melibatkan pendaki sering berlaku di Himalaya, lokasi terletaknya gunung Everest dan beberapa puncak tertinggi yang lain di dunia.- AFP

Media Baharu