NEW DELHI, 6 Oktober- Sekurang-kurangnya 31 orang maut selepas bas yang membawa tetamu perkahwinan terbabas dari jalan dan jatuh ke dalam gaung di utara India, kata polis, semalam.
Kenderaan itu sedang dalam perjalanan di sepanjang lebuh raya pergunungan berbahaya di negeri Uttarakhand apabila ia terhumban ke tepi dan terjunam sekurang-kurangnya 500 meter (1,640 kaki).
(Pasukan penyelamat membawa mangsa naik ke atas / Foto AFP)
Pasukan polis negeri itu berkata di Twitter bahawa operasi menyelamat telah berakhir dengan 31 mayat ditemui dan 19 penumpang yang cedera diselamatkan.
Bas terbabit membawa 45 penumpang.
Ia terbabas ketika melalui lebuh raya di kawasan pergunungan.
Perdana Menteri Narendra Modi berkata semua bantuan yang mungkin akan diberikan kepada mangsa yang terselamat.
Kemalangan jalan raya yang membawa maut adalah perkara biasa di Uttarakhand, ia kerana, Uttarakhand merupakan antara kawasan yang kerap merekodkan nahas jalan raya sehingga meragut nyawa.
Kawasan tersebut juga sering dikunjungi orang ramai yang ingin melawat tapak peninggalan agama.- AFP