fb fb fb fb fb

COVID-19: Manila catat kadar jangkitan tertinggi

Foto AFP

FILIPINA, 6 Oktober- Jumlah jangkitan COVID-19 di Manila berada pada tahap membimbangkan.

Ia dikongsi pakar kesihatan negara itu apabila jumlah tersebut mencecah 19 peratus semalam.


(Foto AFP)

Menurut Prof merangkap felo OCTA Research Universiti Filipina, Guido David, kadar tersebut telah melebihi tahap yang telah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima peratus.

Ujarnya, angka tersebut menandakan kes aktif di kawasan metropolitan itu termasuk wilayah sekitarnya meningkat saban hari.

Ia susulan beberapa faktor antaranya pelaksanaan semula kelas secara bersemuka, kelonggaran peraturan pemakaian pelitup separuh muka, imuniti berkurangan serta pergerakan orang ramai yang tinggi.

Manila yang memiliki lebih 13 juta penduduk mencatat 869 kes baharu, tertinggi sejak Januari.

Filipina merekodkan sebanyak 1,967 kes baharu setakat Isnin lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di Filipina kepada 3,955,758 kes.

Daripada 110 juta penduduk diseluruh nagara, seramai 73.1 juta sudah lengkap vaksinasi.-AFP

Media Baharu