QUITO, 23 Januari - Ecuador dan Mexico gagal mencapai persetujuan dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA).
Presiden Ecuador, Guillermo Lasso berkata rundingan mengenainya menemui jalan buntu.
Katanya, perjanjian perdagangan bebas seperti itu akan menjadi batu loncatan bagi Ecuador untuk memasuki Perikatan Pasifik, blok perdagangan yang lebih luas.
Beliau bagaimanapun menyifatkan kegagalan mencapai FTA dengan Mexico tidak memberi kesan kepada negara itu.
Ini memandangkan Ecuador telah mengadakan rundingan FTA dengan banyak negara lain.
Quito dijangka menandatangani FTA dengan China, tidak lama lagi.
Disember lalu, Ecuador memberi amaran FTA dengan Mexico sukar untuk dicapai jika perjanjian itu tidak meliputi udang dan pisang sebagai antara eksport utama selepas petroleum.-AFP