fb fb fb fb fb

Rundingan nuklear Iran, disambung semula tidak lama lagi

TEHRAN, 26 Jun - Iran dan Kesatuan Eropah (EU) akan menyambung semula rundingan antarabangsa di Vienna bagi menghidupkan Perjanjian Nuklear Iran.

Perkara itu diumumkan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian dalam sidang media bersama Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell di Tehran.

Hossein berkata, kedua-dua pihak bersedia untuk menyambung semula rundingan tidak lama lagi.

Katanya, faedah ekonomi rakyat Iran daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) adalah penting dan sebarang isu yang gagal menjamin kepentingan ekonomi Iran tidak akan diterima oleh kerajaan Presiden Ebrahim Raisi.

Kedua-dua pihak juga akan berusaha menyelesaikan masalah dan perbezaan yang wujud dalam proses rundingan.

Dalam masa sama berharap, Amerika Syarikat akan mengambil tindakan yang realistik dan adil dalam usaha untuk mencapai persetujuan.

Borrell pula berkata, rundingan itu akan disambung semula segera dalam usaha menyelesaikan isu tertunggak.

Media Baharu