fb fb fb fb fb

Kemboja musnahkan dadah haram sempena Hari Antidadah Antarabangsa

(FOTO AFP 


PHNOM PENH, 26 Jun- Kemboja membakar lebih enam tan metrik dadah dan bahan terlarang pada Ahad sempena Hari Antidadah Antarabangsa, kata pegawai.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Sar Kheng membakar bahan terlarang yang dirampas itu pada satu majlis yang diadakan di Pulau Berlian di ibu negara Phnom Penh, lapor Xinhua.

"Acara itu jelas menggambarkan kesediaan dan komitmen teguh kerajaan Kemboja untuk mencegah dan menyekat semua bentuk dadah terlarang," katanya.

Kheng menambah bahawa pihak berkuasa akan memperhebat tindakan keras terhadap semua jenis jenayah dadah dan pengubahan wang haram.

Pendakwaraya Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Chrreng Khmao berkata, kira-kira 6.25 tan metrik dadah dan bahan terlarang meliputi heroin, kokain, methamphetamine, ekstasi, cathinone, ketamin dan nimetazepam telah dimusnahkan.

Negara Asia Tenggara itu tidak mengenakan hukuman mati bagi pengedar dadah. Di bawah undang-undangnya, mereka yang disabitkan bersalah mengedar lebih 80 gram dadah boleh dipenjara seumur hidup.

(Ke Kim Yan (tengah), Timbalan Perdana Menteri Kemboja dan Ketua Pihak Berkuasa Kebangsaan
bagi Membanteras Dadah, berdiri di sebelah pegawai kerajaan ketika mereka membakar dadah haram yang dirampas
semasa upacara pemusnahan untuk menandakan "Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah
dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" Pemerdagangan Haram" di Phnom Penh/AFP)


Menurut Jabatan Polis Antidadah (ADP) negara, sepanjang tempoh Januari-Mei 2022, pihak berkuasa telah menahan 6,168 suspek termasuk 80 warga asing serta merampas 1.58 tan metrik dadah haram. -BERNAMA

Media Baharu