(Orang ramai melintas jalan ketika hujan lebat yang menyebabkan banjir buruk
di bahagian timur laut negara itu, di Dhaka, Bangladesh/REUTERS)
DHAKA, 26 Jun- Banjir akibat hujan lebat bermusim dan aliran deras air sungai di Bangladesh telah mengorbankan 82 orang sejak bulan lalu, kata pihak berkuasa.
Menurut laporan harian banjir Pusat Gerakan Kecemasan Kesihatan dan Bilik Kawalan pada Sabtu, kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat lemas di kawasan yang dilanda banjir sejak 17 Mei hingga 25 Jun.
Namun ada juga yang maut akibat dipatuk ular, disambar petir dan sebab-sebab lain.
Sekurang-kurangnya sembilan kematian dilaporkan dalam 24 jam lalu, setakat pagi Sabtu.
Tujuh maut akibat lemas manakala seorang dipatuk ular dan seorang lagi atas sebab lain. -BERNAMA
(Sukarelawan bergotong royong menyediakan bantuan kepada mangsa banjir di Dhaka/AFP)