(Jurucakap Presiden Cyril Ramaphosa, Vincent Magwenya/REUTERS)
JOHANNESBURG, 26 Oktober- Rundingan damai rasmi pertama diadakan di Afrika Selatan bertujuan menamatkan perang dua tahun antara tentera Ethiopia dan tentera dari wilayah utara negara itu, Tigray.
Menurut satu kenyataan, kerajaan Afrika Selatan mengesahkan rundingan itu berlangsung pada Selasa dan akan berakhir pada Ahad.
Antara yang dipertaruhkan ialah peluang untuk menamatkan konflik yang mengorbankan rubuan orang, menyebabkan jutaan yang lain kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan ratusan ribu di ambang kebuluran di negara kedua paling ramai penduduk itu dan menggugat kestabilan wilayah lebih luas.
Pengerusi Kesatuan Afrika, Moussa Faki Mahamat, berkata, rundingan itu didesak kebimbangan pertambahan kematian orang awam akibat perang seterusnya memaksa pemimpin Afrika, Amerika Syarikat, (AS) dan Eropah menyegerakan perbincangan damai bagi gencatan senjata
Sementara itu, Jurucakap Presiden Cyril Ramaphosa, Vincent Magwenya, berkata, negara itu berharap rundingan berkenaan akan diteruskan secara konstruktif dan memberikan hasil yang membawa kepada keamanan berpanjangan untuk semua rakyat.
Pasukan pengantara Kesatuan Afrika diketuai oleh bekas Presiden Nigeria Olusegun Obasanjo, disokong oleh bekas Presiden Kenya Uhuru Kenyatta dan bekas Timbalan Presiden Afrika Selatan Phumzile Mlambo-Ngcuka.
Manakala wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan AS mengambil bahagian sebagai pemerhati, kata Kesatuan Afrika.
9
(Rundingan damai rasmi pertama diadakan di Afrika Selatan bertujuan menamatkan perang dua tahun
antara tentera Ethiopia dan tentera dari wilayah utara negara itu, Tigray/REUTERS)
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian, Filippo Grandi memberitahu sidang akhbar pada petang Selasa di Nairobi menegaskan pernbimncangan itu adalah rundingan yang penting.
"Kami sangat menantikan perbincangan di Pretoria. Itulah satu-satunya jalan ke hadapan.
"Jika tiada pihak tidak benar-benar terlibat secara bermakna dalam penyelesaian yang dirundingkan, kita akan berada dalam situasi ini selama-lamanya." katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menggesa pihak terbabit untuk melibatkan diri secara serius dan bersetuju dengan gencatan senjata segera.
“Rundingan ini mewakili cara paling menjanjikan untuk mencapai keamanan dan kemakmuran yang berkekalan untuk semua rakyat Ethiopia,” katanya dalam satu kenyataan. -REUTERS