fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat 6.4 Richter gegar utara Filipina

(FOTO AFP)

MANILA, 26 Oktober - Gempa kuat berukuran 6.4 pada skala ritcher menggegarkan utara Filipina, lewat malam tadi.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa yang berlaku berhampiran bandar tanah tinggi Dolores itu menyebabkan penduduk yang cemas lari bertempiaran ke jalan raya serta kerosakan ketara pada sebuah bangunan hospital.

Kakitangan hospital menyatakan mereka memindahkan pesakit Hospital Memorial Mariano Marcos di bandar Batac, yang terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari pusat gempa.

(FOTO AFP)

"Pihak berkuasa memaksa kami meninggalkan bangunan sambil memeriksa keutuhan bangunan...kakitangan hospital turut sedang menjalankan penilaian kerosakan," kata kakitangan hospital, Tom Tabije kepada AFP menerusi panggilan talifon.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan.

Gempa bumi yang melanda utara Filipina pada kedalaman 15.2 km itu juga dapat dirasakan di kawasan sejauh ibu kota Manila, yang terletak 330 km ke arah selatan.-AFP

Media Baharu