fb fb fb fb fb

Pengubahan wang haram AS$446 juta: Dua suspek ditahan

(Pihak berkuasa Hong Kong mengesahkan kedua-dua lelaki itu menggunakan akaun syarikat
untuk menerima transaksi dengan jumlah besar daripada perniagaan
besi dan kedai barang kemas, sebelum memindahkan wang itu ke syarikat atau
akaun palsu di luar negara/FOTO HIASAN AFP)

HONG KONG, 26 Oktober- Pi(vhak berkuasa Hong Kong menahan dua lelaki yang melakukan pengubahan wang haram bernilai AS$446 juta (RM2.1 bilion) dengan menjual semula besi berharga, dalam kes pengubahan wang terbesar di bandar itu.

Pihak berkuasa kastam, Rita Li, berkata kedua-dua suspek itu terbabit dalam rancangan penjualan logam berharga seberat lapan tan.

"Kebanyakannya adalah emas dan paladium, kegiatan dilakukan antara tahun 2020 dan 2021 dengan pulangan yang tidak setara berbanding latar belakang mereka.

Jelasnya, jumlah pengubahan wang dalam kes itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan oleh Kastam Hong Kong, namun polis bandar itu pernah menumpaskan kes yang membabitkan nilai lebih besar.

Katanya, barangan logam berharga boleh dibeli dan dijual tanpa perlu mendedahkan identiti pembeli dan penjual di Hong Kong, sekali gus menarik minat penjenayah kerana ia bernilai tinggi, bersaiz kecil dan mudah dipindahkan.

"Elemen yang melanggar undang-undang dengan mudah boleh menggunakan hasil jenayah untuk membeli besi berharga ini dan kemudian menjualnya semula, atau menjalankan transaksi pelbagai lapisan untuk mengubah wang," katanya dalam satu sidang media.

Pihak berkuasa Hong Kong mengesahkan kedua-dua lelaki itu menggunakan akaun syarikat untuk menerima transaksi dengan jumlah besar daripada perniagaan besi dan kedai barang kemas, sebelum memindahkan wang itu ke syarikat atau akaun palsu di luar negara.

(Kompleks Mahkamah West Kowloon Hong Kong/AFP)

Suspek yang dipercayai ada kaitan dengan jenayah sindiket, ditahan Jumaat lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu proses siasatan berjalan.

Pihak berkuasa juga turut menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber besi berharga yang dijual dan tidak menolak kemungkinan melakukan lebih banyak tangkapan.

Bulan lalu, empat suspek ahli kumpulan jenayah Hong Kong ditahan atas kesalahan pengubahan wang bernilai AS$52 juta (RM246 juta), yang dilakukan dalam tempoh dua tahun. - AFP

Media Baharu