RIYADH, 23 Februari- Penyerang Al Nassr, Cristiano Ronaldo menyertai perayaan tempatan di kelab baharunya ketika rakyat Arab Saudi berkumpul untuk meraikan Hari Penubuhan negara itu.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosial pemimpin Liga Pro Saudi, pemenang lima kali Ballon d'Or itu kelihatan berpakaian tradisional bersama rakan sepasukannya sambil menghunus pedang.
Sambutan tersebut bagi memperingati penubuhan negara Arab Saudi oleh Imam Mohammed Saud dan dinasti Saud pada tahun 1727.
Ia telah diisytiharkan sebagai cuti umum pada tahun lepas oleh Raja Salman Abdulaziz menerusi titah diraja.
(Ronaldo berpakaian tradisional bagi merikan sambutan
Hari Penubuhan Arab Saudi / Foto REUTERS)
Sambutan yang berlangsung setiap 22 Februari itu menyaksikan acara kebudayaan dan kesenian diadakan di seluruh negara, termasuk di Taman Mrsool Al Nassr.
Ronaldo berpindah ke Arab Saudi pada Januari selepas kontraknya ditamatkan oleh Manchester United.
Sejak itu Ronaldo menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan ketika Al Nassr menduduki tangga teratas liga.-REUTERS