fb fb fb fb fb

Rishi Sunak ke AS muktamad perjanjian kapal selam

LONDON, 12 Mac- Perdana Menteri Britain Rishi Sunak menaiki pesawat ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad untuk bertemu Presidennya Joe Biden dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese bagi memuktamadkan perjanjian kapal selam.

Britain juga akan kemas kini dasar keselamatan, pertahanan dan luar negaranya, yang dikenali sebagai Kajian Bersepadu, pada Isnin, selain menetapkan tindak balas terhadap ancaman dunia yang semakin meningkat.

Sejak kemas kini terakhir pada 2021, Rusia telah menyerang Ukraine dan mencetuskan ketegangan dengan China.

Britain, AS dan Australia mengumumkan rancangan AUKUS (Australia-UK-AS) pada 2021 sebagai sebahagian daripada usaha untuk menentang ketenteraan China yang semakin meningkat di rantau Indo-Pasifik.

Mesyuarat di San Diego pada Isnin dijangka memutuskan langkah seterusnya bagi Australia untuk menerima kapal selam berkuasa nuklear.

Bagaimanapun, Sunak memuji pakatan AUKUS dan berkata perkongsian seperti itu menunjukkan minat kepada Britain.

"Keadaan sedang bergolak, pakatan global UK merupakan sumber kekuatan dan keselamatan terbesar kami," katanya.

"Saya dalam perjalanan ke AS untuk program seterusnya kapal selam nuklear AUKUS. Projek yang mengikat hubungan dengan sekutu terdekat kami selain keselamatan, teknologi baharu dan peluang ekonomi di negara sendiri."

Di bawah perjanjian awal AUKUS yang diumumkan pada 2021, Amerika Syarikat dan Britain bersetuju untuk menyediakan teknologi dan keupayaan untuk kapal selam berkuasa nuklear kepada Australia.- REUTERS

(Kapal selam nuklear di pangkalan kapal selam Tentera Laut Diraja di Scotland/REUTERS)

Media Baharu