fb fb fb fb fb

Ribut tropika Beryl, menghala ke Texas

Foto Media Sosial X

CANCUN/TULUM, 6 Julai- Ribut tropika Beryl berkemungkinan tiba di Texas, esok.

Beryl kini bukan lagi berstatus taufan, yang sebahagian besarnya meliputi angin kencang dan hujan lebat, menyelamatkan beberapa destinasi pantai utama di Mexico.

Pada awal minggu ini, ribut Beryl pernah mencapai taufan Kategori 5 yang besar, dengan kemusnahan di seluruh Caribbean.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku di Mexico.

Beryl, yang kini terletak di atas pelabuhan Progreso di negeri Yucatan Mexico, dijangka meningkat apabila memasuki Teluk Mexico.

Ia diramalkan akan mendapatkan semula status taufan ketika menghampiri pantai Teluk barat pada Ahad.

Beryl ialah taufan pertama pada musim Atlantik 2024 dan minggu ini menjadi taufan Kategori 5 paling awal dalam rekod.

Sebelum sampai ke Mexico, Beryl telah melanda Jamaica, Grenada, St. Vincent dan Grenadines.

Bencana itu telah meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM