fb fb fb fb fb

Kes cacar monyet di Afrika Selatan mencecah 20 kes

Foto Fail

JOHANNESBURG, 6 Julai- Jabatan Kesihatan Afrika Selatan mengesahkan bahawa jumlah kes cacar monyet di negara itu telah meningkat kepada 20 kes.

Jabatan itu menjangkakan menerima lebih banyak ubat bagi merawat cacar monyet, Tecovirimat dalam tempoh beberapa minggu akan datang memandangkan peningkatan kes dijangka berlaku, kata jurucakap jabatan Foster Mohale kepada Xinhua pada Jumaat.

Sebanyak sepuluh kes direkodkan di Wilayah Gauteng, sembilan kes di KwaZulu-Natal dan satu di Western Cape, kesemuanya melibatkan lelaki berusia antara 17 hingga 43 tahun.

Seramai 15 pesakit telah sembuh sepenuhnya dan hanya lima pesakit masih di hospital akibat komplikasi teruk yang diburukkan oleh keadaan kesihatan seperti HIV, kata Mohale.

Afrika Selatan merekodkan tiga kematian sejak wabak itu menular pada Mei.- BERNAMA-XINHUA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM