fb fb fb fb fb

Ribut Talim dijangka bandar China malam ini, semua penerbangan dibatalkan

(Pihak berkuasa di Hainan meminta kapal di perairan berhampiran kembali ke pelabuhan/FOTO REUTERS)

BEIJING, 17 Julai - Peramal kaji cuaca China berkata, ribut tropika Talim bakal melanda selatan China malam ini.

Ini sekali gus menyebabkan banyak penerbangan akan dibatalkan, selain penduduk diminta untuk kekal di rumah.

Pentadbiran Meteorologi China turut mengeluarkan amaran jingga untuk Talim iaitu kedua tertinggi, hari ini berkata kekuatan ribut itu dijangka meningkat kepada taufan pada masa ia mendarat di sepanjang pantai selatan dari Guangdong ke Hainan.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga mengarahkan kapal supaya berpatah balik daripada melalui kawasan perairan negara itu.

Menurut ramalan cuaca, Talim dijangka menjadi taufan keempat pada tahun ini tetapi merupakan yang pertama mendarat di China.

China mempunyai sistem amaran cuaca yang memiliki empat warna mengikut peringkat yang mana warna oren adalah amaran kedua tertinggi.

Pusat kaji cuaca berkata Talim terletak 375km (230 batu) tenggara Bandar Zhanjiang di wilayah Guangdong, bergerak pada kelajuan 20km sejam (12 mph).

Pihak berkuasa di Hainan meminta kapal di perairan berhampiran kembali ke pelabuhan dan perkhidmatan feri di antara Hainan dan Guangdong ditangguhkan awal Ahad.

Berdasarkan maklumat pusat meteorologi, Talim yang terletak 375 kilometer (km) di tenggara bandar Zhanjiang di wilayah Guangdong kini bergerak pada kelajuan 20km sejam.

Pusat meteorologi turut meramalkan angin ribut di laut berhampiran wilayah selatan dan hujan lebat luar biasa dari 250 hingga 280 milimeter (mm) di pantai barat daya Guangxi dan utara Pulau Hainan.

Media tempatan melaporkan Lapangan Terbang Zhuahi Jinwan di Guangdong membatalkan 43 penerbangan masuk dan 36 penerbangan keluar hari ini.

Manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan di ibu kota Hainan Haikou dan Lapangan Terbang Qionghai Boao membatalkan semua penerbangan.

Sementara itu kereta api berkelajuan tinggi dan kereta api pinggir bandar di Hainan juga ditangguhkan.

Laluan yang menghubungkan ke Pulau Pelancongan juga ditutup sehingga Jumaat. – REUTERS

Media Baharu