fb fb fb fb fb

Ribut pasir tebal selubungi Beijing, kualiti udara menurun

BEIJING, 22 Mac - Ribut pasir tebal menjejaskan bandar Beijing dengan menjejaskan penglihatan bangunan dan jalan raya di bandar itu.

Amaran ribut pasir tahap kuning dikeluarkan selepas kejadian ribut pasir dan debu sejak beberapa hari lalu yang menjejaskan lebih 21 juta penduduk.

Penduduk yang ditemu bual Reuters berkata, cuaca buruk kebanyakannya tidak menghalang rutin harian mereka, selain bau habuk di kereta bawah tanah dan pasir yang terlekat pada pakaian mereka.

Menurut Pusat Pemantauan Alam Sekitar Ekologi Beijing, pada Rabu Beijing telah mencatatkan kualiti udara 500, melonjakkan tahap pencemaran kepada enam yang dianggap sangat berbahaya kepada kesihatan manusia.

(FOTO REUTERS)

Beijing mengalami kejadian ribut pasir yang kerap pada bulan Mac dan April kerana kedudukan berdekatan dengan gurun Gobi serta aktiviti penebangan hutan di seluruh utara China. - REUTERS

Media Baharu