fb fb fb fb fb

Ribut Devin dijangka bawa salji tebal, New York isytihar darurat

Foto REUTERS

NEW YORK, 27 Disember- Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan keadaan darurat pada Jumaat susulan ramalan ribut musim sejuk Devin yang dijangka membawa salji tebal serta keadaan cuaca berbahaya di beberapa kawasan di Amerika Syarikat (AS).

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) mengeluarkan amaran ribut musim sejuk pada petang Jumaat memaklumkan ribut Devin berpotensi menyebabkan keadaan perjalanan berbahaya dari kawasan Great Lakes hingga ke Mid-Atlantic utara dan selatan New England bermula hari ini hingga pagi Sabtu.

Menurut NWS, beberapa kawasan dijangka menerima taburan salji antara lima hingga lapan inci, bersamaan 12.7 hingga 20 sentimeter (cm).

Dalam pada itu, wilayah barat Pennsylvania dijangka berdepan ribut ais yang boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan raya serta gangguan bekalan elektrik.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar mengehadkan pergerakan, mematuhi amaran cuaca dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan perkhidmatan awam. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM