fb fb fb fb fb

Ribut debu jejas 'Festival Burning Man' di Nevada

Sebahagian paparan video saksi ketika ribut debu melanda.

NEVADA, 26 Ogos - Ribut debu kuat melanda Gurun Black Rock, Nevada, sekali gus menjejaskan kelancaran Festival Burning Man, yang dijangka menarik penyertaan sekitar 70,000 pengunjung tahun ini.

Rakaman video saksi memaparkan peserta memperkukuh khemah dengan mengikat serta menebuk pancang ke tanah bagi mengelakkan struktur diterbangkan angin kencang, selain ada yang menutup muka bagi mengurangkan kesan debu berterbangan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Amerika Syarikat mengeluarkan amaran ribut debu pada petang Sabtu. Ia susulan fenomena “dinding debu” yang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 48 kilometer sejam, disertai tiupan angin melebihi 72 kilometer sejam.

Festival tahunan itu dijadual berlangsung sehingga 1 September dan lazimnya menjadi tumpuan puluhan ribu pengunjung dari seluruh dunia. - REUTERS

TUN JULIA MOHD TAHIR