ARIZONA, 26 Ogos - Ribut debu besar seakan ‘apokalips’ menyelubungi ruang udara di daerah Pinal, Arizona pada Isnin.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) menggambarkan fenomena itu sebagai “haboob” dan menasihati pemandu supaya berhenti di tepi jalan sekiranya berdepan keadaan penglihatan terhad.
Fenomena haboob kerap berlaku sepanjang musim monsun musim panas di barat daya Amerika Syarikat.
Menurut pakar cuaca, ia tercetus apabila ribut petir menghasilkan arus turun yang mengangkat pasir kering di permukaan gurun, membentuk dinding debu yang bergerak meliputi kawasan lebih luas berbanding ribut petir itu sendiri.-REUTERS