fb fb fb fb fb

Ribuan rumah di New Zealand terputus bekalan elektrik

FOTO AFP

WELLINGTON, 13 Februari- Ribuan rumah di New Zealand terputus bekalan elektrik selain semua penerbangan terpaksa dibatalkan hari ini berikutan ribut tropika yang melanda utara negara itu.

Menteri pengurusan kecemasan, Kieran McAnulty berkata New Zealand akan terus berdepan situasi kritikal ini selagi gabungan angin kencang dan hujan lebat tahap bahaya ini berlarutan.

Kesannya, pokok-pokok tumbang, jalan raya rosak serta melumpuhkan sumber elektrik.

Lima wilayah utara negara itu diisytihar darurat termasuk Auckland.

Menurut pegawai, ia mengambil masa beberapa hari untuk memulihkan semula bekalan elektrik.

"Selagi cuaca buruk seperti sekarang, ia sebenarnya tidak selamat untuk membenarkan pekerja pulihkan bekalan,"kata McAnulty.


(FOTO FB)

Bulan lalu, Auckland mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan empat kematian dan memaksa beribu-ribu orang meninggalkan kediaman mereka.

Angin berkelajuan sehingga 140 kilometer sejam membadai wilayah Northland manakala Jambatan Pelabuhan Auckland digegarkan dengan tiupan 110 kilometer sejam.

Cuaca buruk itu juga mendatangkan malapetaka pada rangkaian perjalanan New Zealand dengan penerbangan, kereta api dan jadual bas terjejas teruk.

Syarikat penerbangan, Air New Zealand telah membatalkan 509 penerbangan susulan situasi bahaya yang melanda negara namun perkhidmatan biasa dijangka disambung semula pada Selasa.

Syarikat penerbangan itu berkata 10,000 pelanggan antarabangsa telah terganggu, dengan 6,500 lagi untuk ditempah semula.-AFP

Media Baharu