fb fb fb fb fb

Ribuan rakyat Serbia adakan protes terhadap projek lombong lithium

Foto REUTERS

BELGRADE,11 Ogos- kira-kira 10,000 rakyat Serbia berkumpul di ibu negara itu pada Sabtu bagi membantah projek perlombongan lithium oleh Syarikat Rio Tinto di barat Serbia.

Projek berkenaan didakwa bakal mencemarkan tanah dan air kawasan tersebut sekiranya dilakukan.

Para penunjuk perasaan memenuhi jalan-jalan utama menghala ke Trazijie Square sambil membawa bendera negara itu dan menjerit mengatakan "Anda tidak akan melombong dan Rio Tinto, sila tinggalkan Serbia".

Kerajaan Serbia menyifatkan bantahan yang diadakan bermotifkan politik dan dirancang untuk menjatuhkan Presiden, Aleksandar Vucic dan barisan kabinetnya.

Ketua penunjuk perasaan, Zlatco Kokanovic yang juga petani dari wilayah Jadar iaitu wilayah yang dicadangkan sebagai tapak lombong lithium menggesa para penunjuk perasaan agar melakukan sekatan terhadap dua stesen kereta api utama di sini (Balgrade).

Terdahulu, Kerajaan Serbia telah mengembalikan semula lesen pengoperasian projek untuk membangunkan semula lombong lithium di negara berkenaan yang juga merupakan antara lombong terbesar di Eropah.

Kerajaan terdahulu sebelum ini telah menghentikan operasi syarikat perlombongan berkenaan selepas mendapat bantahan daripada kumpulan aktivis alam sekitar.

Keputusan itu mencetuskan bantahan secara besar-besaran seluruh Serbia.

Penunjuk perasaan memberi tarikh akhir kepada kerajaan untuk mengharamkan penerokaan dan eksploitasi litium yang tamat pada Sabtu.

"Kami tidak akan berputus asa. Lombong itu tidak boleh dibina di atas tanah pertanian," kata Mica Miliovanovic, seorang pekerja berusia 63 tahun."Ini tidak ada kaitan dengan politik", katanya.

Sekiranya projek perlombongan berkenaan berjaya dilaksanakan, projek litium Jadar yang bernilai sebanyak AS$2.4 bilion berupaya menampung 90% keperluan litium semasa Eropah dan menjadikan Rio Tinto sebagai salah satu pengeluar litium terkemuka di dunia.

Litium ialah komponen utama dalam bateri untuk pembuatan Kenderaan Elektrik (EV) dan peranti mudah alih.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD