fb fb fb fb fb

Nahas pesawat di Brazil, 62 mayat ditemukan

Foto REUTERS

VINHEDO, 11 Ogos-Pihak berkuasa Brazil pada Sabtu berjaya menemukan kesemua 62 mayat di dalam pesawat yang terhempas di bandar Vinhedo berdekatan Sao Paulo pada Jumaat.

Kesemua mayat yang terdiri daripada 34 lelaki dan 28 wanita telah diserahkan kepada pihak polis Sao Paulo bagi tujuan pengenalan diri.

Menurut Datuk Bandar Vinhedo, Dario Pacheco, mayat juruterbang dan penolong juruterbang telah dikenal pasti pihak berkuasa.

"Terdapat empat penumpang yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu tiga warga Venezuela dan seorang warga Portugal", kata syarikat penerbangan serantau Voepass, yang mengendalikan pesawat itu", kata salah seorang jurucakap syarikat.

Terdahulu pada Jumaat, Voepass mengesahkan pesawat malang berkenaan membawa 57 penumpang dan empat kru.

Namun, syarikat tersebut kembali mengesahkan terdapat penumpang yang tidak termasuk dalam kiraan menjadikan jumlah mangsa yang maut keseluruhannya berjumlah 62 orang.

Pihak berkuasa Brazil menggunakan berbagai-bagai kaedah bagi mengenal pasti mangsa terlibat.

Antaranya pemeriksaan terhadap tempat duduk penumpang, dokumen pengenalan diri, dan barangan perbadi milik mangsa seperti telefon bimbit.

Sementara itu, Penyelaras Pertahanan Awam Brazil, Henguel Pareira berkata saudara-mara mangsa terdekat telah dibawa ke Sao Paulo bagi tujuan mendapatkan sampel DNA bagi membantu pengecaman mayat.

Jumaat lepas, Sebuah kapal terbang yang membawa 62 orang penumpang bersama empat orang kru terhempas di Sao Paulo

Tragedi itu menyaksikan kesemua kru dan penumpang maut, lapor AFP.

Pesawat ATR 72-500 milik syarikat penerbangan Voepass Linhas AĆ©reas itu terhempas di Vinhedo ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gaurulhos-Sao Paulo dari Cascavel di selatan Parana.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD