fb fb fb fb fb

Ribuan pro-Palestin berhimpun di Festival Filem Venice

Orang ramai berarak membawa kain rentang "Stop Genocide" pada demonstrasi menyokong Gaza sempena Festival Filem Antarabangsa Venice ke-82/Foto AFP

VENICE, 31 Ogos – Ribuan penunjuk perasaan menyertai demonstrasi membantah sekatan Israel ke atas Gaza diadakan bersempena Festival Filem Venice, semalam.

Demonstrasi itu bagi mengalihkan perhatian daripada dunia perfileman kepada krisis kemanusiaan Palestin.

Perhimpunan yang dianjurkan kumpulan politik berhaluan kiri dari timur laut Itali itu bermula pada waktu petang hanya beberapa kilometer dari lokasi festival, yang sebelum ini menjadi tumpuan bintang Hollywood termasuk George Clooney, Julia Roberts dan Emma Stone.

Penunjuk perasaan membawa slogan menuntut supaya “penghapusan etnik di Palestin dihentikan segera” sambil berarak dalam suasana tegang namun terkawal.

Angka korban di Gaza kini melepasi 63,000 ribu orang. - AFP

Pelakon Itali, Massimiliano Gallo yang memakai selendang bermotif bendera Palestin bersama isterinya, pelakon Shalana Santana menghadiri permaidani merah di Anugerah Kineo sempena Festival Filem Antarabangsa Venice ke-82 di Venice Lido/Foto AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN