JAKARTA, 31 Ogos – Keluarga serta ratusan pengunjung hadir memberi penghormatan terakhir kepada seorang mangsa kebakaran di sebuah bangunan majlis perbandaran Makassar yang tercetus akibat rusuhan sehingga meragut tiga nyawa.
Mangsa, Muhammad Akbar Basri, 26, yang juga kakitangan majlis perbandaran, terperangkap dalam kebakaran berkenaan ketika insiden berlaku.
“Untuk semua mahasiswa dan orang ramai yang menyertai demonstrasi, tolonglah jangan bertindak ganas seperti ini,” kata abang mangsa ketika ditemui media tempatan.
Indonesia, yang merupakan ekonomi terbesar Asia Tenggara, sebelum ini dikejutkan dengan siri demonstrasi besar-besaran termasuk di ibu kota Jakarta.
Demonstrasi berlaku selepas rakaman video tular Ariff Kurniawan yang merupakan seorang pemandu e-hailing dirempuh kenderaan taktikal ketika ketika protes berhubung isu gaji rendah serta elaun wakil rakyat pada 28 Ogos lalu. - AFP