fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza cecah 63,000 orang, 322 mati kebuluran

Penduduk Palestin menunaikan solat jenazah ke atas ahli keluarga yang terkorban akibat serangan Israel di Gaza/Foto AFP

GAZA, 31 OGOS – Angka kematian di Semenanjung Gaza terus meningkat melepasi 63,000 orang sejak Israel melancarkan serangan ke atas wilayah itu, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 322 mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kebuluran berikutan sekatan berterusan.

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran tindakan Israel menguasai Bandar Gaza berisiko memaksa lebih sejuta penduduk meninggalkan kediaman mereka selepas kawasan itu diisytiharkan sebagai zon pertempuran.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pembatalan serta penolakan visa pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menjelang Perhimpunan Agung PBB bulan depan.

Turkiye pula mengesahkan akan memutuskan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Israel selain menutup ruang udara negara itu kepada penerbangan Israel sebagai tindak balas terhadap peperangan berterusan di Gaza.

GRACE AISYAH KEDAYAN