fb fb fb fb fb

Ribuan pengunjung sertai pertandingan renang rentas Pelabuhan Victoria

(Perenang  merentasi Pelabuhan Victoria, Hong Kong)

HONG KONG, 23 Oktober- Lebih 1000 perenang berlumba merentasi Pelabuhan Victoria yang menjadi tarikan ikonik di Hong Kong.

Bagi Duta Perlumbaan Pelabuhan Victoria, Kevin Chu berkata, "saya fikir ia hanya sekali seumur hidup, maksud saya walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Hong Kong, saya tidak pernah membayangkan berenang melintasi pelabuhan. Semuanya akan menaiki feri, atau melalui terowong, tetapi saya bangga untuk mengatakan saya berjaya berenang melintasi pelabuhan ini.”

Bergelut dengan angin dan ombak, para perenang mengharungi laluan sejauh 1km dari Jeti Awam Dataran Golden Bauhinia Wan Chai ke Avenue of Stars di Tsim Sha Tsui.

Tidak ketinggalan, beratus-ratus perenang amatur yang memakai pelampung berwarna jingga terang turut menyahut cabaran itu.

Bagi pemenang kumpulan lelaki, Jimmy Kok yang berusia 18 tahun berkata, "saya rasa cuaca hari ini baik dan sesuai untuk berenang kerana tiada matahari, ombak juga tidak terlalu kuat."

(Jimmy Kwok Chun-hei, juara kumpulan lelaki)

Jimmy Kwok Chun-hei, 18, menjuarai kumpulan Lelaki dengan catatan masa 14 minit 25 saat manakala Athena Wong Ching-lam, 21, memenangi kumpulan Wanita dengan catatan masa 15 minit 11 saat.

“Suasana perlumbaan ini telah berubah dengan ketara sejak COVID-19. Perbezaan pertama ialah bilangan peserta yang sedikit. Sebab kedua adalah ramai kawan yang tidak lulus ujian air atau tidak dapat menyertai kerana had bilangan peserta, oleh itu tiada cara untuk kami berlumba bersama dan tidak dapat menikmati Victoria Harbour Swimming pada kali ini", kata juara renang kumpulan wanita, Athena Wong.

Menurut penonton berusia 72 tahun, David To berkata, "kami bangun awal pagi untuk bersiap kerana kami datang dari Nathan Road. Saya cukup gembira melihat semua atlet bekerja keras dan berenang dengan baik."

Disebabkan sekatan pandemik COVID-19, hanya 1,500 peserta menyertai acara tahun ini, iaitu separuh daripada jumlah peserta sebelum ini.- REUTERS

Media Baharu