fb fb fb fb fb

Kilani terbunuh dalam letupan di Nablus

(Ibu Kilani berada di samping jenazahnya di Hospital Nablus/AFP)

PALESTIN, 23 Oktober- Seorang pejuang Palestin terbunuh pada Ahad dalam satu letupan di Tebing Barat, namun Israel masih berdiam diri terhadap dakwaan di sebalik pembunuhan itu.

Tamer al-Kilani terbunuh di Kota Lama Nablus di utara Tebing Barat, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Seorang inspektor polis Palestin memberitahu AFP, Kilani terbunuh dalam satu letupan di Nablus.

Kumpulan itu menggambarkan Kilani sebagai salah seorang "pejuang yang berani" dan menyalahkan Israel atas kematiannya semalam.

Penduduk Palestin dilihat berkumpul dan mengelilingi motosikal hangus akibat bahan letupan.

(Penduduk Palestin berkumpul mengelilingi motosikal, yang digunakan untuk membunuh Kilani/AFP)

Di Hospital Rafidia Nablus, ibu dan kakak Kilani berdiri berdekatan mayatnya.

Tentera Israel enggan mengesahkan penglibatannya dalam pembunuhan itu ketika dihubungi AFP.

Seorang jurucakap tentera berkata Kilani terlibat dalam serangan yang menyasarkan warga Israel dan dia pernah dipenjarakan sebelum ini.

Pergerakan Fatah menyifatkan pembunuhan itu sebagai "perbuatan pengecut" dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

Berpuluh-puluh pejuang Palestin dan orang awam telah terbunuh tahun ini di tengah-tengah peningkatan dalam serbuan tentera Israel, kebanyakannya menyasarkan utara Tebing Barat.- AFP





Media Baharu