fb fb fb fb fb

Kebakaran Gunung Kilimanjaro terkawal

(FOTO AFP)

DAR ES SALAM, 24 Oktober - Kebakaran yang berlaku di Gunung Kilimanjaro masih terkawal walaupun api marak di kawasan pergunungan tertinggi di Afrika itu lebih 24 jam.

Pihak berkuasa Tanzania memaklumkan, sebahagian besar kebakaran yang bermula Jumaat lepas itu telah berjaya dipadamkan.

Ini menerusi kerjasama ratusan individu termasuk anggota bomba, kakitangan taman negara dan orang awam dikerah untuk memadamkan kebakaran yang diburukkan lagi dengan kehadiran angin yang kencang.

(FOTO AFP)

"Kami sudah berjaya mengawal kebakaran. Sebahagian besarnya sudah dipadamkan di kebanyakan kawasan walaupun masih terdapat asap," kata Eliamani Sedoyeka, seorang pegawai di Kementerian Sumber Asli dan Pelancongan.

Kebakaran berlaku berhampiran tapak Karanga yang digunakan pendaki untuk menaiki puncak terkenal itu, iaitu pada ketinggian kira-kira 4,000 meter.

Kebakaran di kawasan tumpuan pelancong dan tapak Warisan Dunia UNESCO di timur laut Tanzania itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.

Kebakaran terbaharu itu berlaku selepas dua tahun apabila api marak selama seminggu pada Oktober 2020 merentasi kawasan seluas kira-kira 95 kilometer persegi.-AFP

Media Baharu