fb fb fb fb fb

Dua maut, Sukhoi milik Rusia terhempas di kediaman

(FOTO AFP)

MOSCOW, 24 Oktober - Dua juruterbang terbunuh apabila sebuah jet tentera Rusia terhempas ketika sedang melakukan penerbangan ujian, semalam.

Dalam nahas itu, pesawat pejuang jenis Sukhoi terhempas di sebuah bangunan kediaman di bandar Irkutsk di selatan Siberia.

Gabenor Irkutsk, Igor Kobzev menerusi kiriman di media sosialnya berkata pesawat itu terhempas ke sebuah rumah dua tingkat di bandar itu.

(FOTO AFP)

Bagaimanapun, tiada seorang pun penghuni mengalami kecederaan.

Kobzev turut memuat naik video menunjukkan anggota bomba memanjat serpihan pesawat dan menghalakan air ke arah runtuhan yang masih terbakar.

Kejadian berlaku beberapa hari selepas pesawat Sukhoi Su-34 merempuh blok apartmen di bandar selatan Yeysk, hingga mengakibatkan 15 orang terbunuh, Isnin lepas.

Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata, siasatan jenayah telah dilancarkan terhadap insiden berkenaan.-AFP

Media Baharu