LONDON, 24 Oktober - Ahli Parti Konservatif, Rishi Sunak mengumumkan akan bertanding untuk menggantikan Liz Truss sebagai Perdana Menteri Britain.
Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan menawarkan diri untuk menjawat jawatan itu buat kali kedua dalam tempoh sebulan.
Melalui ciapan di laman Twitternya, Sunak berkata United Kingdon (UK) merupakan sebuah negara yang hebat, namun berhadapan krisis ekonomi yang mendalam.
Justeru, beliau menyatakan komitmen untuk memperbaiki ekonomi, meyatukan parti dan berkhidmat untuk negara.
September lalu, Sunak tewas dalam saingan untuk menggantikan Boris Johnson apabila Truss mengalahkannya menerusi pemilihan yang dibuat parti Konservatif di seluruh negara.
Ketika ini Sunak dilihat menerima sokongan daripada kebanyakan penggubal undang-undang Konservatif.
Sekali gus mengatasi dua pesaingnya iaitu bekas Menteri Pertahanan, Penny Mordaunt dan Johnson yang cuba kembali merebut jawatan itu.-AFP