fb fb fb fb fb

Ribuan penduduk melarikan akibat pertempuran di Sudan

SUDAN, 20 April - Konflik yang berlaku di Sudan bertambah parah dengan beribu-ribu penduduk melarikan diri dari ibu negara itu.

Saksi melaporkan melihat mayat begelimpangan di jalan mula mereput, dengan lebih 270 orang awam telah terbunuh.

Tembakan dan serangan bertali arus merosakan kebanyakkan infrastruktur di Khartoum dan bekalan makanan, air dan elektrik juga mula terputus.

“Kehidupan di Khartoum adalah mustahil jika perang ini tidak berhenti,” kata Alawya al-Tayeb ketika dalam perjalanan keluar dari bandar itu.

"Saya cuba membuat kanak-kanak tidak melihat mayat yang terbunuh di jalanan," katanya sambil menambah bahawa anak-anaknya telah mengalami trauma dan memerlukan rawatan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengumumkan akan mengadakan pertemuan bersama Ketua-Ketua Kesatuan Afrika, Liga Arab dan blok serantau pada Khamis.

Langkah itu bertujuan mengadakan perbincangan mengenai usaha pembangunan semula Sudan.

(FOTO AFP)

Sementara itu, kira-kira 320 tentera Sudan telah melarikan diri ke negara jiran Chad.

Menurut Menteri Pertahanan Chad, Jeneral Daoud Yaya Brahim anggota tentera itu tiba di wilayah itu pada Ahad.

Kesemua mereka dilucutkan senjata dan ditahan.

Chad telah menutup pintu sempadannya dengan Khartoum pada Sabtu.- AFP

Media Baharu