fb fb fb fb fb

Ribuan penduduk larikan diri selepas 24 jam gencatan senjata dicabuli

(Orang ramai yang membawa barang-barang mereka melarikan diri dengan
berjalan kaki di sepanjang jalan di selatan Khartoum pada 18 April/ AFP)

KHARTOUM, 19 April-  Ribuan penduduk melarikan diri dari ibu negara Sudan ketika pertempuran antara tentera dan separa tentera yang mengorbankan seramai 200 orang dalam tempoh lima hari pertempuran dan selepas gencatan senjata 24 jam dicabuli.

Keganasan yang meletus pada Sabtu lalu antara dua jeneral tentera iaitu Abdel Fattah al-Burhan dan timbalannya Mohamed Hamdan Daglo yang mengetuai Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Ia susulan pertikaian dingin antara Burhan dan Daglo berhubung rancangan integrasi RSF ke dalam tentera biasa yang mengenakan syarat utama bagi perjanjian akhir yang bertujuan untuk meneruskan peralihan demokrasi Sudan.

Saksi kejadian berkata, letupan dan tembakan kuat kedengaran di ibu negara dan kepulan asap hitam tebal terpancar dari bangunan di sekitar ibu pejabat tentera di tengah bandar Khartoum.

Pasukan RSF berada di atas kenderaan berperisai dan trak pikap yang sarat dengan senjata berat dan peluru berkerumun di jalan raya, ketika jet pejuang tentera berada di ruang udara sebelum menembak sasaran terhadap RSF.

Orang awam yang berkerumun di rumah mereka menjadi semakin terdesak dengan bekalan makanan yang semakin berkurangan, bekalan elektrik terputus, dan kekurangan bekalan air.

Harapan mereka untuk dipindahkan musnah apabila gencatan senjata kemanusiaan 24 jam lumpuh selepas beberapa minit cadangan bermula pada jam 4 petang waktu tempatan.

Ribuan orang mengambil keputusan sendiri dan mula meninggalkan rumah mereka di Khartoum, dengan menaiki kereta selain berjalan kaki, termasuk wanita dan kanak-kanak.


(FOTO AFP)

Kerajaan Sudan juga mula merancang untuk memindahkan beribu-ribu warga asing antaranya mereka daripada kakitangan PBB.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Jepun telah memulakan persediaan yang diperlukan bagi memindahkan kira-kira 60 rakyatnya dari Sudan, termasuk kakitangan kedutaannya. - AFP

 

 

Media Baharu