fb fb fb fb fb

Ribuan penduduk Kanada mengaku antivaksin, sertai protes

 


FOTO AFP

OTTAWA, 31 Januari- Ribuan penduduk menyertai protes aman di ibu negara di sini, bagi menentang vaksin Covid-19 yang diwajibkan oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

Peserta protes berhimpun dan bersorak di kawasan jalan yang dilitupi salji di hadapan bangunan Parlimen.

Protes asalnya bermula dengan ‘Konvoi Kebebasan’ melibatkan himpunan pemandu lori menentang keperluan vaksin bagi pemandu rentas sempadan, namun, akhirnya bertukar menjadi demonstrasi menentang tindakan keterlaluan pihak kerajaan oleh kumpulan anti vaksin.

Seorang pemandu trak dari Windsor, Csava Vizi berkata, dia tidak dapat bekerja disebabkan tidak dapat merentas sempadan akibat enggan menerima suntikan vaksin.

Bagi pemilik Valley Flatbed & Transportation di Nova Scotia di perairan Atlantik, Daniel Bazinet, protes itu bukan disebabkan vaksin semata-mata, tetapi kerana menghentikan mandat kesihatan awam serentak.

Brendon dari Ottawa pula membawa sepanduk tertera perkataan malu menjadi sebahagian dari penduduk Kanada.

Protes itu turut membawa kepada kritikan ramai termasuk Datuk Bandar Ottawa, Jim Watson

Watson marah dengan apa yang disebutnya tingkah laku "mengancam" oleh beberapa penunjuk perasaan, terutamanya terhadap media.

"Hentikan taktik pembuli dan tunjukkan rasa hormat kepada warganegara lain," katanya di Twitter.

Sementara itu, dalam temu bual dengan CBC, Watson berkata sudah tiba masanya untuk penunjuk perasaan "bergerak" supaya Ottawa boleh kembali normal.

"Terus terang, (penduduk) merasakan mereka kini banduan di rumah mereka sendiri," katanya.

Protes bermula sejak pagi hingga tengah hari dengan suhu sejuk mencecah -21 darjah Celcius di kawasan itu.

Segelintir peserta kelihatan memakai pelitup muka ketika menyertai protes.

Trudeau dan ahli keluarganya terpaksa meninggalkan kediaman di Ottawa atas alasan keselamatan.-AFP

Media Baharu