fb fb fb fb fb

Korea Utara sahkan, peluru berpandu diuji pada Ahad jenis Hwasong-12

FOTO AFP

SEOUL, 31 Januari- Korea Utara mengesahkan telah melancarkan Hwasong-12 peluru berpandu balistik jarak sederhana, ujian senjata berkuasa tinggi yang kali terakhir dilakukan pada 2017, memetik laporan media Korea Selatan.

Pasukan tentera Seoul berkata, pihaknya mengesan pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana pada Ahad, ujian senjata kali ke-7 Pyongyang bulan ini.

Korea Utara tidak pernah melakukan ujian sebanyak ini dalam tempoh sebulan. Minggu lepas, mengancam untuk menamatkan moratorium ujian senjata jarak jauh dan nuklear yang ditetapkan negara itu selama hampir lima tahun.

Pyongyang menyalahkan dasar bermusuhan Amerika Syarikat sehingga memaksa tindakan itu diambil.

“Ujian tembakan Hwasong-12 jenis jarak sederhana dan peluru berpandu balistik jarak jauh darat ke darat telah dilancarkan pada Ahad,” Kata Agensi Berita Pusat Korea Selatan (KCNA).

“Ujian itu turut mengesahkan ketepatan, keselamatan dan keberkesanan operasi sistem senjata jenis Hwasong-12 yang dikeluarkan Pyongyang, tambah KCNA. -AFP

Media Baharu