fb fb fb fb fb

Restoran Taipei saji mi isopod gergasi

TAIPEI, 28 Mei - Sebuah restoran ramen di Taiwan menghidangkan isopod gergasi berkaki 14 yang membuatkan orang ramai beratur untuk bergambar dan menikmati semangkuk mi.

Sejak 'The Ramen Boy' melancarkan mangkuk mi edisi terhad pada 22 Mei lalu ia menjadikan hidanhan itu tular di media sosial.

Berikutan itu lebih daripada 100 orang sanggup menunggu giliran untuk menjamu selera di restoran itu.

Kata pemilik restoran Encik Hu,32, "Ia sangat menarik kerana penampilannya kelihatan sangat comel,"

"Bagi cara memasak pula, kami menggunakan cara paling mudah iaitu kukus, jadi tidak ada kesukaran untuk memprosesnya,"

(FOTO REUTERS)

Restoran itu mengukus haiwan laut dalam itu selama 10 minit sebelum diletakkakan ke atas semangkuk ramendengan ayam pekat dan sup ikan.

Seorang pelanggan berkata daging itu rasanya seperti gabungan antara ketam dan udang galah dengan tekstur yang padat dan sedikit kenyal.

Isopod gergasi spesis sama seperti ketam dan udang adalah terbesar antara ribuan spesies dalam kumpulan krustasea, kata NOAA Ocean Exploration di laman webnya.

Pakar Taiwan mengenal pasti spesies itu sebagai "Bathynomus jamesi". - REUTERS

Media Baharu