fb fb fb fb fb

Polis siasat cecair hijau di terusan Venice

(Foto Reuters)

VENICE, 28 Mei- Air di terusan utama bandar Venice, Itali bertukar hijau pada Ahad.

Berdasarkan tweet pihak bomba, cecair hijau itu turut kelihatan berdekatan Jambatan Rialto.

Agensi perlindungan alam sekitar serantau telah menerima sampel air dan sedang berusaha mengenal pasti bahan yang mungkin menyebabkan warna berubah.

Insiden yang berlaku itu mengimbas kembali bantahan oleh sekumpulan aktivis alam sekitar yang baru-baru ini memanjat ke dalam Air Pancut Trevi di Rom dan menuang arang cair ke dalam air untuk mengubahnya menjadi hitam.

Ia sebagai membantah perubahan iklim.

Sementara itu, lapor agensi berita Ansa, pegawai telah meminta polis menyiasat dalang yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.-REUTERS

(Air di terusan yang bertukar hijau/Foto Reuters)

Media Baharu