fb fb fb fb fb

Dua pengawal Taman Negara Virunga mati ditembak kumpulan bersenjata

(FOTO FB VIRUNGA NATIONAL PARK)

GOMA, 29 Mei- Dua pengawal Taman Negara Virunga, Republik Demokratik Congo terbunuh pada Ahad, kata pihak berkuasa, menjadikan ia pertumpahan darah terbaharu menggegarkan tapak warisan dunia itu.

Sejak 2020, kumpulan bersenjata yang berbeza telah melakukan serangan dan serangan hendap yang menyasarkan pengawal di taman itu, rizab alam semula jadi terbesar di Afrika.

Dalam satu kenyataan, taman itu berkata penyerang adalah anggota "Mai Mai Kabido," sebuah kumpulan bersenjata.

Kedua-dua pengawal itu "telah ditembak dan meninggal dunia akibat kecederaan" di Nyamusengera, bahagian taman berhampiran Sungai Edward, yang menandakan sempadan dengan Uganda.

“Pagi ini kami mendengar bunyi tembakan,” kata Kambale Muhindo, seorang pekerja di Vitshumbi, sebuah perkampungan nelayan lima kilometer (3 batu) dari lokasi serangan.

"Sekumpulan pemburu haram ingin membunuh seekor badak air dan untuk melindungi diri, mereka menyerang hendap pengawal."

Di samping dua kematian itu, "enam pengawal telah cedera dan dihantar ke hospitai", kata Blaise Kalisha, seorang aktivis hak asasi manusia.

Pada 18 Mei tahun ini, empat pekerja taman, di mana tiga daripadanya adalah pengawal, terbunuh. Pihak berkuasa menyalahkan kumpulan bersenjata yang sama.

Ditubuhkan pada 1925, Taman Negara Virunga telah diiktiraf oleh Unesco sebagai tapak warisan dunia sejak 1979.

Ia terkenal dengan fauna dan landskapnya, tetapi turut berfungsi sebagai pangkalan untuk beberapa kumpulan bersenjata selama lebih daripada dua dekad.-AFP


(FOTO FB VIRUNGA NATIONAL PARK)

Media Baharu