fb fb fb fb fb

Republik Czech kenakan "cukai durian runtuh" terhadap bank, firma tenaga

(Prague, ibu negara Czech yang mempesonakan, adalah antara
bandar paling indah di Eropah/Google)

PRAGUE, 4 November- Parlimen Republik Czech meluluskan cukai untung besar terhadap bank dan syarikat tenaga yang mendapat manfaat daripada lonjakan harga akibat pencerobohan Rusia di Ukraine.

Cukai luar biasa 60% , yang juga melibatkan syarikat minyak dan perlombongan, akan dikenakan pada 2023-2025.

Hasil daripada levi akan digunakan untuk menampung kos luar biasa yang akan ditanggung kerajaan selepas harga siling tenaga dikuatkuasakan awal tahun ini.

Rang undang-undang itu masih perlu diluluskan oleh senat dan ditandatangani menjadi undang-undang oleh presiden untuk berkuat kuasa.

September lepas, menteri tenaga Kesatuan Eropah (EU) bersetuju mengurangkan penggunaan kuasa dan mengenakan levi "durian runtuh" terhadap firma tenaga.

Republik Czech kini memegang jawatan presiden giliran blok itu selama enam bulan.

Isi rumah di seluruh Eropah sedang bergelut dengan kenaikan harga tenaga disebabkan terutamanya pengurangan bekalan gas dari Rusia berikutan pencerobohannya di Ukraine.

Harga tenaga adalah pendorong utama di sebalik rekod inflasi yang mencapai kadar tahunan sebanyak 18% di Republik Czech pada bulan September. -AFP

(Republik Czech kenakan "cukai durian runtuh" terhadap bank, firma tenaga/REUTERS)

Media Baharu