fb fb fb fb fb

Rejim Israel serbu kem pelarian Jenin, tembak mati rakyat Palestin

(Rakyat Palestin membaling batu ke arah rejim Israel semasa konfrontasi dengan mereka/ AFP)

JENIN, 15 Oktober - Rejim Israel terus bertindak kejam apabila seorang rakyat Palestin ditembak mati ketika serbuan di kem pelarian Jenin.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan, dalam kejadian itu, enam orang cedera termasuk seorang doktor di sebuah hospital yang parah selepas terkena tembakan di kepala.

Mangsa yang maut merupakan pejuang Briged Al-Quds, Matin Dababa.

Seorang saksi memberitahu, pertempuran berlaku di luar perkarangan sebuah hospital.


(Rakyat Palestin membaling batu ke arah rejim Israel semasa konfrontasi dengan mereka/ AFP)

Seorang doktor terkena tembakan di kepalanya ketika keluar dari bangunan terbabit untuk merawat seorang lelaki yang cedera.

Dua anggota paramedik turut cedera selepas terperangkap dalam pertempuran itu.

Rejim Israel seperti biasa memberi alasan, kononnya operasi dijalankan untuk menahan pejuang Hamas yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap pasukan keselamatan Israel.

Bagaimanapun, rakyat Palestin melihat serbuan tersebut tindakan pencerobohan yang semakin biadap bagi meluaskan jajahan Israel selain melemahkan pasukan keselamatan. -AFP

Media Baharu