fb fb fb fb fb

Recep Tayyip Erdogan selar pendirian Greece berkaitan migran



TURKI, 4 Februari - Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyelar pendirian Greece berhubung kemasukan migran.

Ia selepas 19 pencari suaka ditemukan mati beku di sempadan Turki, minggu ini.

Ankara menuduh Athens menghantar semula migran berkenaan ke sempadannya tanpa kasut atau pakaian, iaitu satu tuduhan yang dinafikan Greece.

Malah Athens menyifatkannya sebagai satu propaganda palsu.

Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) mendakwa telah menerima sejumlah laporan mendakwa pencari suaka telah ditolak kembali ke Turki, setibanya mereka ke Greece dan dibiarkan hanyut di laut.

Turki telah menerima 4 juta pelarian Syria dan 300,000 pelarian Afghanistan. - REUTERS

 

Media Baharu