fb fb fb fb fb

Afrika digesa tingkatkan kadar vaksinasi penduduk

FOTO BERNAMA


GENEVA, 4 Februari - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Afrika meningkatkan kadar vaksinasi penduduk sehingga enam kali ganda.

Rantau itu perlu mencapai sasaran 70 peratus populasi yang telah mendapat vaksin COVID-19 menjelang separuh pertama 2022.

Menurut Pengarah WHO bagi rantau itu Matshidiso Moeti, Afrika telah menerima lebih 587 juta dos vaksin.

Namun, masih bergelut untuk memperluas pemberian vaksin kepada penduduk.

Hanya 11 peratus penduduknya telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Katanya, di sesetengah negara seperti Republik Demokratik Congo, kempen vaksinasinya telah dihentikan.

Tindakan itu akan menyebabkan sebahagian besar dos vaksin tamat tempoh, dalam beberapa minggu akan datang.

Sejak COVID-19 menular, Afrika merekodkan 10.8 juta kes Covid-19 dengan lebih 239,000 kematian. - AFP

 

Media Baharu