fb fb fb fb fb

Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurashi maut, keganasan di seluruh dunia berakhir

FOTO AFP



WASHINGTON, 4 Februari - Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mendakwa ancaman keganasan di seluruh dunia akan berakhir selepas pemimpin Daesh, terbunuh dalam serangan tenteranya di Syria, Rabu lepas.

Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurashi maut dalam letupan bom selepas dikepung tentera Amerika di sebuah rumah di bandar Atme.

Ia turut mengorbankan anggota keluarganya dan kanak-kanak.

Menurut Biden, operasi tersebut menghantar mesej jelas kepada pengganas bahawa Washington akan terus memburu mereka.

"Semalam atas arahan saya pasukan tentera AS di Syria dengan berjaya melaksanakan operasi anti pengganas bagi melindungi AS dan sekutunya,"

"Semua anggota tentera AS yang terbabit dalam operasi ini pulang dengan selamat," kata Biden dalam satu kenyataan. - AFP

 

Media Baharu