fb fb fb fb fb

22 maut akibat keracunan dadah

FOTO AFP

ARGENTINA, 4 Februari - 22 maut, manakala berpuluh yang lain dimasukkan ke hospital akibat keracunan dadah.

Perkara itu dilaporkan pihak berkuasa Argentina.

Tiga anggota kumpulan dadah di pinggir bandar miskin San Martin, telah ditahan selepas dipercayai mengedar dadah campuran.

20,000 dadah jenis kokain yang telah dicampur telah dirampas.

Serentak dengan itu pihak berkuasa kesihatan mengeluarkan 'amaran epidemiologi' selepas kematian dilaporkan di tiga kawasan miskin, pinggir barat Buenos Aires.

Lebih 80 dimasukkan ke 10 hospital dengan beberapa individu dilaporkan kritikal. - AFP

 

Media Baharu